Mengapa Rasulullah Melarang Minum Sambil Berdiri?
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.
Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh
sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh
membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang
kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di
ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik
masuk tanpa disaring lagi. Terus menuju kandungan air kencing.
Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan
berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum
sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke
dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan
membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi
pencernaan. Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri,
maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk,
seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan
kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan
dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan
semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan
sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua
susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak
boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa
makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf
berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan
dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan
pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak
kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi
usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh
menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah,
untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan
pengsan atau mati mendadak. Begitu pula makan dan minum berdiri secara
terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan
terjadinya luka pada perut.
Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada
tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang
masuk. Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai
pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus
secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang
mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa
selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan
daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut,
tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah
s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk
seperti budak." Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang
hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."
Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun
duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh
Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara
bertelekan" - Hadis Riwayat Bukhari. - tulahan
Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer